Wednesday, December 3, 2008

KEM MUZIK 2008

KEM MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN 2008

Kem Muzik berakhir dengan sebuah persembahan mini

konsert yang sungguh
cemerlang. Persembahan yang melibatkan 125 orang

murid telah diadakan
pada 21 Julai 2008 di auditorium Jabatan Penyiaran

Kuantan, Pahang.

Para jemputan bukan sahaja dihiburkan dengan

nyanyian dan tarian, tetapi juga persembahan muzik

yang digarap dengan peralatan tradisional seperti

gamelan, serunai dan gendang. Y. Bhg. Datin Dr.

Zaleha bt Abdullah Sani, Pengarah Bahagian Sekolah

Berasrama Penuh/Kluster telah hadir mewakili Y.

Bhg. Dato’ Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, Timbalan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi

Pendidikan) di majlis persembahan ini.

Para peserta kem telah dikumpulkan di Kuantan

semenjak 16 Julai 2008 untuk mengadakan latihan

bersama buat kali keduanya sebelum diakhiri dengan

persembahan pada malam tersebut. Selepas latihan

kali pertama, setiap anggota pasukan telah

dibekalkan dengan notasi gubahan lagu-lagu

persembahan mengikut seksyen sebagai panduan

latihan di sekolah masing-masing


( petikan ini di ambil dari KPM bahagian pengurusan sekolah

No comments:

Assallamualaikum.w.b

Buat semua rakan2 Bloggers(yang lama atau baru) Sila tinggalkan comment anda, dan Insya`Allah akan diperbaiki dari masa ke semasa